Resep Makanan Sederhana Laksam

 

resep laksam
laksam

 Bahan-bahan ( untuk sekeluarga )

  • untuk laksam
  • 4 cwn tepung beras
  • 2 sudu tepung gandum
  • 5 cwn air suam
  • untuk kuah
  • ikan kembung( ikut suka banyak mana nak, lagi bnyk ikan lagi sedap)
  • 1/2 kilo santan
  • seinci halia
  • 2 biji bawang kuning
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 sudu garam
  • sedikit gula

Cara-cara

  1. untuk laksam, panaskan pengukus sampai air mendidih. campurkan semua bahan untuk laksam. kacau sampai sebati. selepas itu, ambil tudung periuk yang telah di sapu sedikit minyak, tuang satu senduk adunan keatas tudung periuk itu. last masukkan kedalam pengukus. kukus selama 5 minit atau sehingga masak. selepas masak, keluarkan dan biarkan dulu sebentar baru gulung.ulang step yang sama sampai adunan habis..
  2. untuk kuah, rebus ikan dan asingkan tulang. blender bawang besar, isi ikan, dan halia sampai hancur..masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan yang dikisar tadi..tumbuk lada hitam dan masukkan kedalam periuk bersama sedikit belacan. kacau sampai mendidih dengan api perlahan. masukkan gula n garam.. bolehlah dihidang dengan taugeh, hirisan timun, kacang panjang, n hirisan kubis... 

Baca Juga : 

Komentar