Resep Nasi Maqlooba dan Ayam Panggang

 

Resep Nasi Maqlooba dan Ayam Panggang
nasi maqlooba

Bahan-bahan ( 4-5 Orang )

  • 3 sudu besar REMPAH MAQLUBAH
  • 175 gram beras basmati + 175gram beras mesir /jepun
  • 1 ekor ayam ( boleh dipotong 4)
  • 2 biji bawang besar
  • 10 biji bawang putih
  • 7 biji terung
  • 2 biji kentang XL
  • 1 btg cili hijau
  • 2biji tomato (lebih pun boleh)
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • garam

Cara-cara

  1. Rendam beras 15 minit, basuh dan toskan
  2. goreng terung dan kentang yang telah dipotong, ( boleh tambah bunga kobis jika suka )
  3. Hiris bawang besar, tomato ( hiris bulat) dan cili hijau
  4. panaskan kuali kemudian masukkan minyak sapi/ minyak masak ( miyak sapi lebih enak)
  5. goreng kayu manis, cengkih, pelaga, bawang putih, 1 biji bawang besar
  6. masukkan ayam di kedalam kuali bersama bawang yang sedang digoreng tadi ( AYAM BOLEH DIPOTONG 4 ATAU LEBIH UNTUK MEMUDAHKAN PROSES MENGGORENG)
  7. taburkan 3/4 serbuk rempah nasi maqlubah ke dalam kuali. biarkan sebertar kemudian balikkan ayam ( untuk dapatkan stok ayam) jangan goreng terlalu lama.
  8. keluarkan ayam , taburkan 1/4 baki serbuk nasi maqlubah, bwg putih yang ditumbuk dan 3/4 sudu kecil garam halal gel dan 1 sudu minyak sapi/minyak masak
  9. Gambar ayam tadi setelah digaul dengan 1/4 baki serbuk nasi maqlubah , bwg putih , satu sudu minyak sapi dan garam . bakar dalam oven selama 1 jam, suhu 190 darjah. selepas 1/2 jam balikkan. -BOLEH GRIL ATAS ARANG /GRIL ELEKTRIK, GORENG DAN GOLEK
  10. Masukkan 2 cwn setengah air ( 500ml) kedalam periuk tadi. Didihkan. ( air mestilah mendidih sebelum dituang ke atas beras supaya nasi lebih kembang dan gembur)
  11. Di dalam rice cooker susunkan bwg besar, tomato, kentang goreng, terung goreng
  12. masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan di atas bwg besar, tomato, kentang goreng, terung goreng tadi. masukkan 2 sudu kecil garam halal gel
  13. tuangkan air rebusan rempah/ayam tadi. kemudian on kan suiz rice cooker. tunggu nasi masak 80% gaulkan perlahan-lahan. kemudian tutup balik biarkan sampai 100% masak.
  14. letakkan ayam di atas nasi. makan dengan salatah harrah ( salad ) dan solsoh harrah ( sos )

Komentar